BAWANG PUTIH KEDUA TERHEBAT SETELAH HABBATUS SAUDA’ ?
Bawang putih, atau nama saintifiknya “Allium sativum”, merupakan tumbuhan yang tidak asing bagi umat Islam. Bukan sekadar kerana ia sering digunakan, bahkan ada disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Bawang putih mengandungi khasiat yang terlalu banyak, memang sangat sesuai untuk diamalkan sama ada sebagai makanan iaitu untuk pencegahan penyakit, atau sebagai ubatan iaitu untuk perawatan penyakit.
Bahan aktif yang utama pada bawang putih ialah “allicin” yang hanya akan terhasil apabila dinding sel bawang putih dipecahkan sama ada dengan hirisan, kunyahan atau lain-lain. Mari kita lihat beberapa khasiatnya;
1. Menurunkan kolestrol dan lemak “jahat”.
- Sesuai untuk mengatasi masalah pengumpulan lemak pada dinding salur darah (atherosclerosis, hyperlipidemia).
2. Mencairkan darah dan menghalang penyumbatan (antithrombotic, fibrinolytic).
- Sesuai untuk mengelakkan daripada darah membeku yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.
3. Antioksida.
- Sesuai untuk melambatkan penuaan (awet muda) dan menghalang mutasi pada DNA yang boleh menyebabkan kanser.
4. Menurunkan tekanan darah (blood vessel relexant).
- Dengan meningkatkan sifat elastik salur darah khusunya arteri, ia menstabilkan tekanan darah, sangat esuai untuk masalah tekanan darah tinggi.
5. Antikanser.
- Dengan meransang sel “Natural Killer” iaitu sel utama untuk membunuh sel kanser, ia menyebabkan pengurangan sel kanser, untuk semua jenis kanser khususnya kanser saluran penghadaman.
6. Meningkatkan imuniti (immunomodulatory, immunostimulant).
- Sesuai untuk mereka yang sering mengalami jangkitan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kelemahan imuniti, bahkan ujikaji pada pesakit AIDS menunjukkan kesan yang baik.
7. Menghalang keracunan pada hati (antihepatotoxic).
- Boleh membuang toksin-toksin dan logam berat pada hati yang boleh menyebabkan hepatitis dan gangguan fungsi hati.
8. Anti-peradangan (anti inflammatory).
- Sesuai untuk masalah peradangan seperti gout dan artritis.
9. Meningkatkan kadar insulin dalam darah serta mengurangkan paras gula dalam darah (hypoglycaemic effect).
- Sesuai untuk pesakit kencing manis atau diabetis.
10. Karminatif (anti-flatulent).
- Sangat sesuai untuk membuang angin daripada saluran penghadaman.
11. Penyakit jantung.
- Gabungan beberapa khasiatnya memberikan perlindungan terbaik kepada jantung. Antioksida memelihara kerosakan sel jantung, pencairan darah menghalang penyumbatan pada salur darah jantung, pengurangan kolestrol menghalang penyempitan salur darah dan ia juga meningkatkan sifat elastik salur darah khususnya aorta.
- Sebahagian doktor menggabungkan bawang putih bersama ubatan jantung bagi pesakit jantung sebagai sinergi. Kajian terhadap tikus membuktikan bawang putih menghalang kerosakan sel jantung yang disebabkan oleh isoprenalin (isoprenaline-induced myocardial necrosis).
12. Antibiotik/antiseptik (Antiviral, antibacterial, antifungal, anthelminthic, antiprotozoal).
- Ini merupakan khasiat terbesar bawang putih kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada patogen yang masuk ke dalam tubuh setelah lemahnya imuniti. Ia merangkumi pelbagai penyakit seperti TB, selsema, kahak (catarrh), kudis, hepatitis, asma, batuk, bronkitis, ekzema, bisul, jangkitan salur kencing, cacing di dalam usus, malaria, ketuat, demam campak, gastrik, keracunan makanan, psoriasis, luka dan banyak lagi.
- Sebagai pengganti antibiotik yang terbaik kerana setakat ini tiada “bacterial resistance” dilaporkan, sangat berkesan hampir kepada semua bakteria, tidak perlu habiskan bawang putih yang anda beli sepertimana antibiotik lain yang mesti dihabiskan, dan dalam kadar pengambilan yang normal ia tidak membunuh bakteria baik yang sangat penting bagi manusia, tidak seperti antibiotik biasa yang kebanyakannya membunuh pelbagai bakteria sama ada baik atau jahat.
CARA MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH. Terdapat banyak cara untuk menggunakannya, antaranya ialah;
1. Untuk tujuan pencegahan atau penyakit yang kurang kritikal, elok dimasukkan ke dalam masakan seperti biasa.
2. Untuk rawatan yang khusus, ambil yang mentah, dipotong halus, kemudian dikunyah begitu sahaja atau dicampur dengan makanan lain.
3. Boleh juga dibakar sama ada secara jauh daripada api (panggang), atau dibakar secara berlapik dengan periuk atau kuali.
4. Boleh juga diambil bersama susu atau madu atau perahan limau.
5. Pastikan ia tidak diambil sewaktu perut kosong khususnya untuk pesakit gastrik, kerana ia bersifat menghakis, kemungkinan merosakkan dinding saluran penghadaman.
6. Kadarnya sekitar 3, 4, 5 atau 6 ulas sehari, atau mungkin juga 1 labu sehari, bergantung kepada keadaan, keperluan, kesesuaian dan jenis penyakit.
7. Ada juga dijual minyak bawang putih dalam bentuk kapsul atau 'softgel', disebut sebagai "garlic oil".
8. Secara umunya, bawang putih yang sudah dimasak atau dibiarkan terlalu lama setelah dipotong mempunyai kesan yang kurang kuat berbanding yang masih mentah dan segar.
9. Untuk ketuat, gosokkan potongan bawang putih mentah padanya berulang kali. Pastikan kawasan kulit yang normal tidak terkena gosokan yang banyak, kerana mungkin berlaku hakisan kulit.
PERHATIAN
1. Perempuan yang mengandung perlu berhati-hati kerana mungkin berlaku pengecutan rahim seterusnya gugur kandungan.
2. Bawang putih boleh memberi kesan pada susu badan, bau mulut dan bau badan.
3. Bagi mereka yang mengalami pendarahan (hidung berdarah/haid) atau sedang mengambil ubat pencair darah, pengambilan bawang putih boleh menambahkan pendarahan atau menyebabkan darah terlalu cair kerana bawang putih sendiri bersifat mencairkan darah. Bagi yang mengalami masalah kurang darah haid, mungkin ia suatu yang baik kerana ia melancarkan pembuangan darah.
4. Menurut ilmu herba tradisional, bawang putih boleh mengurangkan kuantiti air mani, maka ia boleh diseimbangkan dengan pengambilan bawang besar/merah atau sayur gargir yang bersifat menambahkan air mani.
5. Ia juga bersifat panas dan kering, sekiranya kesan sifat itu agak kuat, boleh distabilkan dengan mengambil tumbuhan yang bersifat sejuk dan basah seperti mentimun.
6. Jangan direndam bawang putih dalam minyak untuk tempoh yang lama pada suhu biasa kerana ia boleh menyebabkan penyakit "botulism" yang agak berbahaya.
7. Kesan lain mungkin rasa loya atau alergik bagi sesetengah orang.
* Apa-apapun, ini hanyalah usaha kita, hakikat kesembuhan adalah daripada Allah, manakala hakikat kesihatan adalah kesihatan rohani. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah.
* Perbanyakkan juga berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, kerana doa tanpa selawat bagaikan surat tanpa alamat.
"Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah (Allah) yang menyembuhkanku..."
( Surah Asy-Syu'ara' : 80 )
"Dia-lah (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu apa-apa yang ada di muka bumi kesemuanya sekali..."
( Surah Al-Baqarah : 29 )
Subhanallah wal hamdulillah...
Wallahu’alam.

0 comments:
Post a Comment