Monday, 28 May 2012

Kek Lapis Tat Telur

Kek Lapis, Apam, Kuih Chara dan Tat Telur





Kelas Masakan bagi Pelajar KIKBM pada 24 April 2011

Hari ini para pelajar KIKBM telah berpeluang mempelajari empat jenis kuih yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia iaitu Tart Telur, Kek Lapis Betawi, Kuih Apam Gula Hangus dan Kuih Chara Berlauk. Bagi mempelajari masakan kuih ini, mereka telah bertandang ke rumah Kak Azimah di Jalan Reko, Kajang. Kak Azimah sangat berbesar hati menerima kedatangan kami dan kami juga dijamu dengan sarapan yang enak iaitu Nasi Lemak dan Kuih Karipap. SEDAP ... tidak terkata apabila memakannya! Kelas masakan ini telah berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang. Berikut ialah ringkasan pembelajaran kami di rumah Kak Azimah:

A) Tart Telur

Kelas kami dimulakan dengan membuat pastri manis dan adunan kustard untuk Tart Telur. Kami diajar langkah demi langkah sambil dibantu oleh Kak Azimah. Proses pembuatan yang mudah dan perkara yang paling kami suka ialah kami dapat makan Tart Telur buatan kami yang sangat sedap.

(1) Kak Azimah menerangkan tatacara pembuatan Tart Telur (2) Kami diajar membuat pastri manis dan membentuk kulit Tart Telur (3) Kulit tart telur yang telah siap dibentuk pada acuan (4) Kulit tart telur yang telah dibakar selama 15 - 20 minit (5) Bancuhan adunan kustard dituangkan ke dalam tartlet yang sudah siap


Ini ialah proses mengeluarkan kulit tart telur yang telah dibakar di dalam acuan. Kulit tart telur yang telah dibakar sangat panas dan perlu berhati-hati ketika mengeluarkannya supaya tidak pecah. Kemudian, ia di susun ke dalam cawan kertas 'paper-cup'


(1) Minami Hamano (2) Aya Kikuchi. Mereka sedang menuang bancuhan kustard telur ke dalam tartlet yang telah dibakar terlebih dahulu. Mereka melakukan kerja dengan berhati-hati

Sekarang, proses membakar Tart Telur pula ...



Tsubasa Yoshida mengambil giliran membakar Tart Telur di dalam ketuhar. PANASNYA!

Tart Telur perlu dibakar sekali lagi selama 20-30 minit.

... dan inilah hasil akhirnya ....



Tart Telur

1 comments:

  1. hebat² sep ni.. baru bljar ari ni... gini mo doh jadinyooooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...