This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 8 January 2013

DOA RINGKAS SELESAI SOLAT

DOA RINGKAS SELESAI SOLAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
DOA RINGKAS SELESAI SOLAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Monday 31 December 2012

PESANAN UNTUK INSAN BERNAMA LELAKI

** PESANAN UNTUK LELAKI.. **
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•• Bawalah dia ke jalan Allah
•• Nasihatilah dia
•• Perbetulkan kesilapannya
•• Jagalah dia dgn baik
•• Kasihanilah dia
•• Lindungilah dia
•• Berilah kasih syg padanya
•• Hargailah dia
•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya
✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin.

Thursday 21 June 2012

HATI BUTA.....

Monday 18 June 2012

BAWANG PUTIH KEDUA TERHEBAT SETELAH HABBATUS SAUDA’ ?


 
 BAWANG PUTIH KEDUA TERHEBAT SETELAH HABBATUS SAUDA’ ?

Bawang putih, atau nama saintifiknya “Allium sativum”, merupakan tumbuhan yang tidak asing bagi umat Islam. Bukan sekadar kerana ia sering digunakan, bahkan ada disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Bawang putih mengandungi khasiat yang terlalu banyak, memang sangat sesuai untuk diamalkan sama ada sebagai makanan iaitu untuk pencegahan penyakit, atau sebagai ubatan iaitu untuk perawatan penyakit.

Bahan aktif yang utama pada bawang putih ialah “allicin” yang hanya akan terhasil apabila dinding sel bawang putih dipecahkan sama ada dengan hirisan, kunyahan atau lain-lain. Mari kita lihat beberapa khasiatnya;

1. Menurunkan kolestrol dan lemak “jahat”.
- Sesuai untuk mengatasi masalah pengumpulan lemak pada dinding salur darah (atherosclerosis, hyperlipidemia).

2. Mencairkan darah dan menghalang penyumbatan (antithrombotic, fibrinolytic).
- Sesuai untuk mengelakkan daripada darah membeku yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.

3. Antioksida.
- Sesuai untuk melambatkan penuaan (awet muda) dan menghalang mutasi pada DNA yang boleh menyebabkan kanser.

4. Menurunkan tekanan darah (blood vessel relexant).
- Dengan meningkatkan sifat elastik salur darah khusunya arteri, ia menstabilkan tekanan darah, sangat esuai untuk masalah tekanan darah tinggi.

5. Antikanser.
- Dengan meransang sel “Natural Killer” iaitu sel utama untuk membunuh sel kanser, ia menyebabkan pengurangan sel kanser, untuk semua jenis kanser khususnya kanser saluran penghadaman.

6. Meningkatkan imuniti (immunomodulatory, immunostimulant).
- Sesuai untuk mereka yang sering mengalami jangkitan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kelemahan imuniti, bahkan ujikaji pada pesakit AIDS menunjukkan kesan yang baik.

7. Menghalang keracunan pada hati (antihepatotoxic).
- Boleh membuang toksin-toksin dan logam berat pada hati yang boleh menyebabkan hepatitis dan gangguan fungsi hati.

8. Anti-peradangan (anti inflammatory).
- Sesuai untuk masalah peradangan seperti gout dan artritis.

9. Meningkatkan kadar insulin dalam darah serta mengurangkan paras gula dalam darah (hypoglycaemic effect).
- Sesuai untuk pesakit kencing manis atau diabetis.

10. Karminatif (anti-flatulent).
- Sangat sesuai untuk membuang angin daripada saluran penghadaman.

11. Penyakit jantung.

- Gabungan beberapa khasiatnya memberikan perlindungan terbaik kepada jantung. Antioksida memelihara kerosakan sel jantung, pencairan darah menghalang penyumbatan pada salur darah jantung, pengurangan kolestrol menghalang penyempitan salur darah dan ia juga meningkatkan sifat elastik salur darah khususnya aorta.

- Sebahagian doktor menggabungkan bawang putih bersama ubatan jantung bagi pesakit jantung sebagai sinergi. Kajian terhadap tikus membuktikan bawang putih menghalang kerosakan sel jantung yang disebabkan oleh isoprenalin (isoprenaline-induced myocardial necrosis).

12. Antibiotik/antiseptik (Antiviral, antibacterial, antifungal, anthelminthic, antiprotozoal).

- Ini merupakan khasiat terbesar bawang putih kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada patogen yang masuk ke dalam tubuh setelah lemahnya imuniti. Ia merangkumi pelbagai penyakit seperti TB, selsema, kahak (catarrh), kudis, hepatitis, asma, batuk, bronkitis, ekzema, bisul, jangkitan salur kencing, cacing di dalam usus, malaria, ketuat, demam campak, gastrik, keracunan makanan, psoriasis, luka dan banyak lagi.

- Sebagai pengganti antibiotik yang terbaik kerana setakat ini tiada “bacterial resistance” dilaporkan, sangat berkesan hampir kepada semua bakteria, tidak perlu habiskan bawang putih yang anda beli sepertimana antibiotik lain yang mesti dihabiskan, dan dalam kadar pengambilan yang normal ia tidak membunuh bakteria baik yang sangat penting bagi manusia, tidak seperti antibiotik biasa yang kebanyakannya membunuh pelbagai bakteria sama ada baik atau jahat.


CARA MENGGUNAKAN BAWANG PUTIH. Terdapat banyak cara untuk menggunakannya, antaranya ialah;

1. Untuk tujuan pencegahan atau penyakit yang kurang kritikal, elok dimasukkan ke dalam masakan seperti biasa.

2. Untuk rawatan yang khusus, ambil yang mentah, dipotong halus, kemudian dikunyah begitu sahaja atau dicampur dengan makanan lain.

3. Boleh juga dibakar sama ada secara jauh daripada api (panggang), atau dibakar secara berlapik dengan periuk atau kuali.

4. Boleh juga diambil bersama susu atau madu atau perahan limau.

5. Pastikan ia tidak diambil sewaktu perut kosong khususnya untuk pesakit gastrik, kerana ia bersifat menghakis, kemungkinan merosakkan dinding saluran penghadaman.

6. Kadarnya sekitar 3, 4, 5 atau 6 ulas sehari, atau mungkin juga 1 labu sehari, bergantung kepada keadaan, keperluan, kesesuaian dan jenis penyakit.

7. Ada juga dijual minyak bawang putih dalam bentuk kapsul atau 'softgel', disebut sebagai "garlic oil".

8. Secara umunya, bawang putih yang sudah dimasak atau dibiarkan terlalu lama setelah dipotong mempunyai kesan yang kurang kuat berbanding yang masih mentah dan segar.

9. Untuk ketuat, gosokkan potongan bawang putih mentah padanya berulang kali. Pastikan kawasan kulit yang normal tidak terkena gosokan yang banyak, kerana mungkin berlaku hakisan kulit.


PERHATIAN

1. Perempuan yang mengandung perlu berhati-hati kerana mungkin berlaku pengecutan rahim seterusnya gugur kandungan.

2. Bawang putih boleh memberi kesan pada susu badan, bau mulut dan bau badan.

3. Bagi mereka yang mengalami pendarahan (hidung berdarah/haid) atau sedang mengambil ubat pencair darah, pengambilan bawang putih boleh menambahkan pendarahan atau menyebabkan darah terlalu cair kerana bawang putih sendiri bersifat mencairkan darah. Bagi yang mengalami masalah kurang darah haid, mungkin ia suatu yang baik kerana ia melancarkan pembuangan darah.

4. Menurut ilmu herba tradisional, bawang putih boleh mengurangkan kuantiti air mani, maka ia boleh diseimbangkan dengan pengambilan bawang besar/merah atau sayur gargir yang bersifat menambahkan air mani.

5. Ia juga bersifat panas dan kering, sekiranya kesan sifat itu agak kuat, boleh distabilkan dengan mengambil tumbuhan yang bersifat sejuk dan basah seperti mentimun.

6. Jangan direndam bawang putih dalam minyak untuk tempoh yang lama pada suhu biasa kerana ia boleh menyebabkan penyakit "botulism" yang agak berbahaya.

7. Kesan lain mungkin rasa loya atau alergik bagi sesetengah orang.


* Apa-apapun, ini hanyalah usaha kita, hakikat kesembuhan adalah daripada Allah, manakala hakikat kesihatan adalah kesihatan rohani. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah.

* Perbanyakkan juga berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, kerana doa tanpa selawat bagaikan surat tanpa alamat.


"Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah (Allah) yang menyembuhkanku..."

( Surah Asy-Syu'ara' : 80 )


"Dia-lah (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu apa-apa yang ada di muka bumi kesemuanya sekali..."

( Surah Al-Baqarah : 29 )


Subhanallah wal hamdulillah...


Wallahu’alam.


Wednesday 6 June 2012

Fahamilah.......................

  • Saya sangat terharu membaca tulisan berikut oleh Daia Nawai. Deeply touched. Saya mohon baca sehingga habis. Please. Sila beri komen anak2 sekalian.

    Daia Nawai
    Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia & Salam 1 Uitm (^^,)

    Saya Nurul Hidayah Binti Md Nawai drp FKE (Komunikasi), semester 7.. Saya telah menyertai Survival Mahasiswa Uitm sesi terakhir pg td walaupun sepatutnya sy perlu ke Prog Munajat Perdana, tapi sy nekad pergi seorang diri kerana ramai kwn2 memberitahu bhwa SMU mberikan input yg berkesan..
    Disini, sy ingin berkongsi beberapa perkara yg dpt sy konklusikan..

    1) Setinggi rasa syukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yg tiada peluru memburu.. Terima kasih tiada ternilai kepada ibu.. kerana setitis susu yg diberi, kita berada di mana kita berada skrg.. terima kasih kpd ayah kerana setitis keringatnya, kita berada di mana kita berada skrg.. terima kasih ya Allah kerna menganugerahkan semua ini yg luarbiasa baiknya dlm kehidupan kami..

    2) apabila di bawa merentasi ke angkasa dan dunia galaksi.. sebenarnya kita lebih kerdil dan kecil dari kuman.. kita bukan siapa dan tiada sebab utk kita menyombong diri.. orang yang sombong sama seperti kapal terbang,, semakin tinggi ia terbang,, sebenarnya ia semakin kecil..

    3) The 3 motivation of future leaders Uitm.. SQ (Spiritual Motivation) yg mana menjadikan Kaabah sebagai pusat hidup dan kekuatan dunia utk mencari akhirat.. dilengkapi dgn EQ (Emotional Motivation) & IQ (Intellectual Motivation)..

    4) Sehebat mana pun saintis mengeluarkan teori ttg kewujudan bumi iaitu mengenai teori bigbang,, tetapi tiada apa atau siapa yg boleh menafikan bahawa Al-Quran telah menjelaskan pd asalnya langit dan bumi suatu yg padu dan kemudian Allah pisahkan ia.. sesungguhnya Allah Maha Besar..

    5) Baru saya sedar.. sy terlupa utk memahami dan menghayati serta mengingati makna disebalik logo Uitm dan bendera Malaysia yg sy cintai.. sy selalu mempertahankan perasaan syg dan cinta sy pd keduanya tetapi terlepas pndg ttg perkara ini yg mana di dalamnya telah ada (IQ, EQ & SQ) dan ianya menjadi simbol kekuatan melayu Islam sendiri..

    6) 7 wasiat2 Raja Melayu yg telah menyelamatkan kita daripada byk perkara terutama hak2 anak melayu dan Islam.. Jika tiada wasiat2 ini, maka tiada lah Uitm dan akhirnya runtuh lah satu2 nya benteng pertahanan anak2 Melayu & Bumiputera..

    7) Pemimpin yang baik adalah seseorang yg dpt melahirkan pemimpin yg lebih baik,, tetapi pemimpin yg terbaik adalah seseorang yg dpt memimpin dirinya dgn baik menuju ke arah yg lebih baik..

    8) Saya sedih bila melihat ucapan Ayahanda Sahol apabila menyatakan ttg kerisauan utk masa akan dtg.. yakinlah ayahanda,, kami anak2 melayu terutama Uitm akan sentiasa bersama ayahanda dlm memperjuangkan uitm, agama bangsa dan negara tercinta! insyaALLAH..

    9) Kita semua adalah kesatuan holistik.. Jutaan terima kasih kpd Ayahanda kerana sanggup utk menganjurkan program sebegini demi survival mahasiswa Uitm, agama, bangsa dan negara..

    10) Sedikit bait2 kata terakhir dari saya..

    Aku..
    Tiada kaya harta di tangan..
    Tiada tinggi ilmu agama..
    Tiada banyak ilmu dunia..
    Tiada hebat pangkat di bahu..

    Namun..
    Jangan dihina martabatku..
    Jangan dipermainkan agamaku..
    Jangan diperlekehkan bangsaku..
    Jangan disentuh tanahairku..

    ♥ I LOVE MY PARENTS.. I LOVE UITM.. I LOVE AYAHANDA.. I LOVE MALAYSIA ♥

Tuesday 5 June 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar


Rahsia Surah Al-Kauthsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
Assalamu'alaikum. Jika anda suka mana2 gambar ataupun ayat dalam page ni.. Silalah copy ,tag ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..

‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
...
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"... Islam Itu Indah
Assalamu'alaikum. Jika anda suka mana2 gambar ataupun ayat dalam page ni.. Silalah copy ,tag ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...