|
Kelas Masakan bagi Pelajar KIKBM
pada 24 April 2011 |
Hari ini para pelajar KIKBM telah berpeluang
mempelajari empat jenis kuih yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia iaitu
Tart Telur, Kek Lapis Betawi, Kuih Apam Gula Hangus dan Kuih Chara Berlauk. Bagi
mempelajari masakan kuih ini, mereka telah bertandang ke rumah Kak Azimah di
Jalan Reko, Kajang. Kak Azimah sangat berbesar hati menerima kedatangan kami dan
kami juga dijamu dengan sarapan yang enak iaitu Nasi Lemak dan Kuih Karipap.
SEDAP ... tidak terkata apabila memakannya! Kelas masakan ini telah berlangsung
dari pukul 10.30 pagi sehingga 2.30 petang. Berikut ialah ringkasan pembelajaran
kami di rumah Kak Azimah:
A) Tart Telur
Kelas kami dimulakan dengan membuat pastri
manis dan adunan kustard untuk Tart Telur. Kami diajar langkah demi langkah
sambil dibantu oleh Kak Azimah. Proses pembuatan yang mudah dan perkara yang
paling kami suka ialah kami dapat makan Tart Telur buatan kami yang sangat
sedap.
|
(1) Kak Azimah menerangkan
tatacara pembuatan Tart Telur (2) Kami diajar membuat pastri manis dan
membentuk kulit Tart Telur (3) Kulit tart telur yang telah siap dibentuk pada
acuan (4) Kulit tart telur yang telah dibakar selama 15 - 20 minit (5)
Bancuhan adunan kustard dituangkan ke dalam tartlet yang sudah siap
|
|
Ini ialah proses mengeluarkan
kulit tart telur yang telah dibakar di dalam acuan. Kulit tart telur yang telah
dibakar sangat panas dan perlu berhati-hati ketika mengeluarkannya supaya tidak
pecah. Kemudian, ia di susun ke dalam cawan kertas
'paper-cup' |
|
(1) Minami Hamano (2) Aya
Kikuchi. Mereka sedang menuang bancuhan kustard telur ke dalam tartlet yang
telah dibakar terlebih dahulu. Mereka melakukan kerja dengan
berhati-hati |
Sekarang, proses membakar Tart Telur
pula ...
|
Tsubasa Yoshida mengambil
giliran membakar Tart Telur di dalam ketuhar.
PANASNYA! |
Tart Telur perlu dibakar sekali lagi
selama 20-30 minit.
... dan inilah hasil akhirnya ....
|
Tart
Telur |